SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA


MPU21032 Penghayatan Etika Dan Peradaban E-Folio
SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
|
NAMA AHLI |
NO.
MATRIKS |
|
MOHAMAD
SHAHRIL RIEZA BIN MOHD SABRI |
02DKM21F1002 |
|
MUHAMAD
ALIF IRFAN BIN IBRAHIM |
02DKM21F1031 |
|
MUHAMMAD
ARIEF HASHIMI BIN MOHD ZAID |
02DKM21F1071 |
|
MOHAMAD AFIQ IKHWAN BIN ROHANI |
02DKM21F1018 |
|
MUHAMMAD
HAIRI SYAWAL AMIROL BIN ABDUL BUKHARI |
02DKM21F1127 |
SESI 2023
Disemak Oleh : ![]()
|
ISI
KANDUNGAN |
M/S |
|
PENGHARGAAN |
2 |
|
PENDAHULUAN |
2 |
|
TOPIK |
|
|
SEJARAH KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA |
3-4 |
|
KOMPOSISI DAN
TABURAN MASYARAKAT MAJMUK
DI MALAYSIA |
5 |
|
KAUM MELAYU |
6-7 |
|
KAUM CINA |
7-8 |
|
KAUM INDIA |
8-9 |
|
KOMPOSISI DAN
TABURAN PENDUDUK SELEPAS
MERDEKA HINGGA KINI |
10 |
|
KOMPOSISI ETNIK |
10 |
|
RUSUHAN KAUM 13 MEI 1969 |
11-12 |
|
KESIMPULAN |
13 |
|
RUJUKAN |
14 |
|
LAMPIRAN |
15-21 |
PENGHARGAAN
Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi
kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus
ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Wan Ruswani
Binti Abdullah pensyarah bagi subjek Penghayatan Etika Dan Peradaban
(MPU21302), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau
juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku.
Selain itu, Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi
sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan
tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada
rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung
sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang
kami menyiapkan tugasan
ini. Sikap kerjasama
yang di tunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan
kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat
menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.
PENDAHULUAN
Malaysia pada hari ini didiami oleh
pelbagai bangsa,kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum
dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa,agama dan adat resam.
Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa
dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur
politiknya.Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini
coraknya.Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan
Melayu ketika itu didiami
oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum
lain.Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.
J.S.Furnivall merupakan orang pertama
yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia
dan Burma.Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada
pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan,agama,bahasa dan adat resam yang
tersendiri.Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang
sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam
kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal
ekonomi
dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.
Idea Furnivall mengenai masyarakat
majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi yang
terkemudian.M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan satu
analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini.M.G. Smith juga menganggap
masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya,perpecahan
sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula,masyarakat majmuk dikuasai oleh
satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri.Smith juga
berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya
atas dasar nilai bersama.Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den
Berghe juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep
masyarakat majmuk.Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat
dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukkan
budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik.
TOPIK:
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
SEJARAH KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Tanah Melayu yang merupakan sebuah
tempat tumpuan pengembaraan, pelayaran dan pusat perdagangan tentunya pernah
menjadi satu tempat persingahan dan penempatan bagi orang-orang daripada
pelbagai kebudayaan dan asal usul. Justeru konsep percampuran populasi bukanlah
merupakan satu fenomena baru dan asing di Malaysia. Kebanyakkan ahli sejarah
dan antropologi social bersetuju bahawa struktur susunan ras etnik dan corak
penempatan penduduk masa kini telah ditentukan pada zaman perkembangan colonial
dan eksploitasi orang British di semenanjung Malaysia.
Dalam tahun1786 hingga 1914
merupakan zaman paling penting dalam menentukan pola- pola etnik, ekonomi dan
politik masa kini di Semenanjung Malaysia.
Aspek demografi merupakan
perkara yang penting
dalam mencorakkan kemajuan
masyarakat Malaysia. Aspek demografi tidak hanya memperlihatkan betapa
uniknya masyarakat Malaysia dari segi komposisi etnik tetapi turut mewarnai
wajah sosiobudaya, demografi politik dan proses politik di Malaysia.
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila
Francis Light menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran
secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa
pemerintahan colonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima
puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki
oleh Jepun semasa pernag dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat
itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan
mobility penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tnah Melayu telah mengalami
transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi
etnik-etnik Melayu, Cina, India sebagai komponen utamanya.
Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya
(1983:159), masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar
daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka
terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh- buruh Cina
ke Tanah Melayu melalui beberapa cara
yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di
Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe
(1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa
bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana
ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.
Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu
menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh
masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah
Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial
Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat
Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba
Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau
kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan
masyarakat luar.
Migran kedua terbesar selepas
China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India
Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya
tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda
kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke
negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang
sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka
masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri
Melayu.
Selain migran daripada negara
China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada
masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh
lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada
Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan
yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga
berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar.
Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon kebanyakannya
terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan
negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19
berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan
British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan
mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang
mereka dapat di negara asal mereka (S.N. Arseculeratne,1991:10).
Setelah kemasukan migran daripada
luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum
seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana
berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik
yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969.
Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut
garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada
luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi
dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat
majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh
negara-negara Eropah Barat dan Telok (Weiner, 1990:143).
Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya
lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya
tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok
Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa
juga turut berlaku apabila
perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa
sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok
Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu- Arab, Melayu-India,
Melayu-Cina dan lain-lain.
KOMPOSISI DAN TABURAN
PENDUDUK SEBELUM MERDEKA
Malaysia, terdapat pelbagai
kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yanga sama.
Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan India yang mana mengamalkan
kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Tiga etnik ini bersatu
di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi
beraja perlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama.
Sebelum abad ke-18, penduduk di
Tanah Melayu dan kepulauan Borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli,
orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.
Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu,
terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak
menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah
daripada rumpun bangsa yang sama.
Tiga kaum yang terbesar dan utama
di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan India. Sebelum penemuan tapak bijih
timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848, hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu
terdiri daripada orang Melayu. Pada pertengahan abad ke 19, berlaku
penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai ramai ke Tanah Melayu.
Fenomena ini berlaku kerana dasar kolonial British yang membawa masuk kaum-kaum
tersebut , terutama untuk mengerjakan ekonomi.
Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum
penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti
ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada
luar terutamanya daripada China dan India.
Abad ke-19 memperlihatkan
penguasaan Inggeris ke atas struktur politik dan ekonomi Tanah Melayu secara
meluas. Aktiviti perlombongan bijih timah yang merupakan sumber kekayaan Tanah
Melayu diekploitasikan sepenuhnya oleh British. Kesan yang jelas melalui dasar
liberal British ialah pembentukan masyarakat negara yang berbilang kaum serta
kepelbagaian cara hidup dan keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini
telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
Dari segi peratusan, peratus
penduduk Melayu semakin kecil dari 54% merosot menjadi 49% pada tahun 1921 dan
menurun lagi kepada 45% pd tahun 1931. Pemajmukan masyarakat Tanah Melayu telah menyebabkan British mentadbir
menggunakan dasar ‘pecah dan perintah’ (divide and rule).
Dasar ini memberi makna kelemahan penglibatan
bumiputera, tetapi pada masa yang sama memberi pengkhususan kepada kaum imigran
dan memastikan pengasingan setiap kaum.
Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah
disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Perubahan
dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi
dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor
penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan
perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini.
Kaum pendatang dibiarkan untuk mengekalkan identiti
dan budaya masing-masing sementara perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain, terutama
dengan bumiputera tidak digalakkan.
KAUM MELAYU
Orang Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu di mana
nenek moyangnya datang dari Indo-China atau Yunnan lebih 3500 tahun dahulu.
Namun penduduk Melayu kini sebenarnya lebih ramai ekoran kemasukan beberapa
lagi kelompok masayarakat Melayu dari kepulauan lain ke Tanah Melayu. Sejak
abad ke-9 lagi telah berlaku penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu
Indonesia ke Tanah Melayu. Penghijrahan ini berlaku ekoran kedudukan ekonomi,
politik dan sosial yang smuanya boleh menjamin keselesaan mereka.
Masyarakat Indonesia datang
daripada berbagai-bagai pulau seperti Jawa, Sumatera, Sulawesi dan Riau.
Sehingga tahun 1957, keturunan penduduk Melayu di Tanah Melayu berjumlah
2,427,834 orang, iaitu 49.8% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.
Sebelum zaman penjajahan, kegiatan
ekonomi utama masyarakat Melayu ialah perdagangan. Perdagangan utama ialah
melalui sungai-sungai utama di negeri Melayu. Justeru itu, kerajaan-kerajaan
Melayu tradisional lebih tertumpu di tepi-tepi sungai.
Penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap sektor
ekonomi negeri masing-masing semakin berubah dan merosot setelah campur tangan
British dalam hal-ehwal politik tempatan. Kemasukan buruh-buruh asing juga
telah mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu.
Kemasukan buruh asing secara
beramai-ramai telah menggalakkan kemunculan bandar2 baru seprti Taiping, Ipoh, Port Weld, Tapah dan Kampar di Perak;
Kuala Lumpur, Port Swettenham dan Klang di Selangor serta Seremban dan Port
Dickson di Negeri Sembilan. Bandar-bandar baru ini menjadi tumpuan
buruh asing, manakala
kaum Melayu masih kekal di bandar-bandar tradisi atau perkampungan
masing-masing.
Walaupun peratusan penduduk bandar meningkat dari semasa ke semasa, namun
peratusan kaum Melayu di Bandar-bandar masih lagi kecil.Ekoran perdagangan yang
berat sebelah, prestasi ekonomi orang Melayu di zaman kolonial tidak mencapai
sebarang kemajuan, malahan semakin merosot.
British memegang dasar agar orang
Melayu kekal sebagai petani sara diri dan mengusahakan hasil setakat mampu menyara hidup.
Masyarakat Melayu tidak digalakkan utk menyertai sektor ekonomi moden. Alasan British
ialah agar adat resam dan tradisi orang
Melayu tidak terganggu dengan pemodenan. Ini
sbenarnya memberi lebih ruang kepada buruh
asing menguasai sektor ekonomi keseluruhannya.
Hari ini orang Melayu merupakan kumpulan etnik
terbesar di Malaysia, iaitu merangkumi lebih lima puluh peratus penduduk negara
ini. Di malaysia , jika merujuk
kepada orang melayu menunjukkan orang itu beragama islam dan mengamalkan
kebudayaan Melayu , berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan melayu. Orang
Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.
KAUM CINA
Kaum Cina pula adalah kumpulan
etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina merangkumi dua puluh lima peratus
populasi. Kebanyakkan keturunan kaum Cina hari ini berasal dripada pendatang ke
Negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai
berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adala
Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala
Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tiggal di kawasan
selatan tanah air iaitu di Johor.
Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara
beramai-ramai berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan
Sultan Kedah pada tahun 1876, pengambilalihan Singapura dari tangan Sultan
Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun
1826. Kebanyakan masyarakat Cina berasal dari Wilayah Kwangtung dan Tukuin.
Ramai juga yang datang dari daerah Amoy,
Sen-Yu, Hok-Chiu, Eng-Chon dan lain- lain.
Pada peringkat awal, buruh-buruh
Cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal seperti di Lukut dan Sungai Ujong.
Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan
perkembangan aktiviti perlombongan. Catatan menunjukkan menjelang tahun
1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong hampir 10,000 orang dan di Larut
Perak pada tahun 1873 terdapat seramai 40,000 orang.
Kawasan-kawasan
lombong bijih timah Kuala Lumpur,
iaitu di Ampang,
Sungai Kanching dan Klang kesemuanya diusahakan oleh buruh-buruh Cina. Selain aktiviti
perlombongan, kemasukan org Cina ke Tanah Melayu disalurkan melalui
aktiviti perladangan lada dan
gambir. Org Cina dibawa masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu dengan
menggunakan surat kebenaran dipanggil Surat Sungai. Dari sistem ini, dicatatkan
pada tahun 1870-an masyarakat Cina di Johor mencapai 100,000 orang.
Bilangan penduduk Cina menunjukkan pertambahan yang paling
besar dari setahun
ke setahun berbanding dengan bangsa lain. Pihak British menggalakkan
kemasukan buruh Cina ini dengan meluluskan beberapa undang-undang yang
berkaitan. Misalanya pada tahun 1877, The Chinese Immigrants dan The Crimpling
Ordinance telah diluluskan. Jabatan perlindungan orang Cina telah ditubuhkan
untuk melindungi orang Cina.
Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu
sebenarnya terdiri daripada
berbagai-bagai kelompok yang boleh dibezakan dari segi loghat, adat dan
pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama ini ialah Hokkien, Kantonis,
Hakka, Teochew dan Hailam.
Kebanyakkan orangg Hokkien terdiri
daripada peniaga dan pekedai sementara orang Kantonis sebagai pelombong dan
petukang. Orang Teochew menjadi pekedai dan peladang dengan membuka ladang tebu
di Seberang Prai dan Pulau Pinang serta ladang gambir dan lada hitam di Johor.
Orang Hakka ramai yamg menjadi pelombong sementara orang Hailam pula ramai yang
membuka kedai-kedai makan. Antara semua kelompok ini, bilangan orang Hokkien
adalah yang terbesar.
Walaupun kemasukan orang Cina
berlaku besar-besaran, namun bilangan ini tidak menentu ekoran ramai yang
sering keluar masuk. Bilangan orang Cina lebih stabil selepas Perang Dunia
Kedua. Sehingga tahun 1957, bilangan penduduk Cina di Tanah Melayu ialah
seramai 2,332,936 orang, iaitu 37.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.
KAUM INDIA
Kumpulan etnik terkecil antara
tiga kumpulan etnik utama di Negara ini ialah kaum India yang merangkumi 10
peratus populasi. Kebanyakkan mereka berasal daripada pendatang Selatan India yang berbahasa
Tamil, yang dating ke Tanah Melayu sewaktu
zaman penjajahan British dulu
untuk mengerjakan estet-estet. Mereka dating ke sini untuk mencari kehidupan
yang lebih baik , luar dari system kasta yang diamalkan di india. Kebanyakkan mereka
beragama Hindu. Mereka turut membawa budaya
mereka yang unik serta pembinaan kuil , makanan pedas dan pakaian sari yang
mewah.
Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya
ketara pada abad ke 19 dan ke 20, sebenarnya hubungan antara India
dengan Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku lebih awal lagi. Hubungan
terawal telah bermula
sejak abad pertama
Masihi apabila penganut Hindu-Buddha menyebarkan agama
mereka di Nusantara. Hubungan seterusnya kelihatan pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka apabila pedagang-pedagang India berniaga di pelabuhan Melaka.
Penghijrahan masyarakat India ke
Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh
India datang dari selatan India. Buruh-buruh India bermula sebagai pekerja di lading-ladang tebu dan kopi di
Seberang Prai.
Tumpuan masyarakat India ini ialah di
kawasan-kawasan utama penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
Catatan menunjukkan dari tahun 1900 hingga 10 tahun kemudiannya, seramai 48,000
buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu. Angka ini meningkat secara
mendadak 10 tahun kemudiannya, iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila
dianggarkan seramai 908,000 buruh India berhijrah ke Tanah Melayu.
Catatan menunjukkan 90% daripada golongan
penghijrah ialah orang Tamil yang berasal dari Chennai, sementara selebihnya ialah
Telugu dan Malayalam. Selain org Tamil, terdapat juga orang Punjabi dan orang
Ceylon.
Kumpuluan etnik penduduk India
yang terbesar ialah orang Tamil yang
membentuk 80% daripada keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara
orang Malayali meliputi 7%. Orang Telugu pula berjumlah 4%. Kebanyakan
orang-orang Tamil dan orang-orang Telugu bekerja di estet-estet getah sebagai
buruh. Ada juga di kalangan orang Tamil yang berkhidmat di jabatan-jabatan
kerajaan pada awal abad ke-20.
Orang Punjabi turut datang ke
Tanah Melayu dan pada peringkat awalnya mereka bertugas dalam perkhidmatan
polis dan kereta api serta menjadi pengawal keselamatan. Buruh-buruh India yang
bekerja di Tanah Melayu datang sama ada secara paksaan atau rela. Kumpulan yang
dipaksa terdiri daripada banduan atau tawanan yang bekerja membina jalanraya,
landasan kereta api, jambatan dan bangunan-bangunan kerajaan.
Mereka yang datang secara sukarela
biasanya bekerja di lading-ladang tebu, kopi dan getah. Sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk
buruh-buruh India ini ialah Sistem Kangani.Mengikut sistem ini, seorang pekerja
yang telah bekerja di Tanah Melayu pulang ke India mencari buruh-buruh baru
untuk bekerja dengannya di Tanah
Melayu. Orang inilah yang digelar Kangani.
Namun sistem ini dihapuskan pada
tahun 1938. Wujud juga sistem yang dinamakan Sistem Kontrak di mana seseorg
pekerja itu bekerja mengikut jangka masa tertentu sebagaimana yang disebut di
dalam kontrak.
Sehingga tahun 1957, jumlah
penduduk India di Tanah Melayu menjangkau 695,985 orang iaitu 11.1% daripada
jumlah penduduk Tanah Melayu
KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK
SELEPAS MERDEKA HINGGA
KINI
Populasi Malaysia berjumlah 28.3
juta pada tahun 2010 berbanding 23.3 juta pada tahun 2000 (Carta 1). Ini
menunjukkan purata pertumbuhan penduduk tahunan ialah sebanyak 2% dalam tempoh 2000-2010 910 tahun). Kadar ini agak rendah jika dibandingkan
dengan pertumbuhan pada tempoh 1991 – 2000 iaitu 2.6% (Carta 2).
Carta 2
Komposisi Etnik
Jumlah populasi Malaysia 28.3
juta, di mana 91.8% adalah warganegara dan 8.2% adalah bukan warganegara. Warganegara Malaysia terdiri dari kumpulan
etnik Bumiputera (67.4%), Cina (24.6), India (7.3%) dan lain-lain (0.7%).
RUSUHAN KAUM 13 MEI 1969
Rusuhan kaum telah berlaku pada 13 Mei 1969 antara kaum Melayu dan Cina selepas pilihan raya 1969 disebabkan
parti-parti pembangkang iaitu Parti
Tindakan Rakyat (DAP)dan gerakan
mendapat kemenangan yang memberangsangkan.
Walaupun Parti Perikatan masih
boleh membina kerajaan , namun kemenangan merosot berbanding dengan pilihan
raya sebelumnya . Disebabkan itu kempen pilihan raya yang seterusnya menjadi
semakin hangat sehingga perbincangan tertumpu kepada isu-isu perkauman dan
peribadi individu tertentu. Pada 9 Mei 1969,berlakunya peristiwa perarakan
jenazah yang dilakukan oleh Parti
Buruh terhadap seorang pemuda Cina dalam pertempuran dengan pihak polis sebelum
pilihan raya.
Rentetan peristiwa itu, DAP dan
GERAKAN telah mengadakan perarakan besar-besaran pada 11 dan 12 Mei 1969. UMNO
yang rasa tercabar turut mengadakan perarakan atas kejayaan mereka menubuhkan
kerajaan selepas pilihan raya tersebut yang diketuai oleh Datuk Harun Idris, Menteri Besar Selangor
ketika itu. Perarakan provokatif dari kedua-dua pihak seumpama ini didapati
membakar semangat setiap
kaum sehinggalah membawa
kepada titik hitam dalam sejarah negara.
Pergaduhan dan rusuhan tercetus dan bantuan tentera
terpaksa dipanggil apabila polis gagal mengawal keadaan .Maka berlakulah
peristiwa 13 Mei 1969 yang diberi
gelaran Ops Gerhana manakala pihak polis menggunakan gelaran Ops Tenteram.
Subuh, 60 penyokong GERAKAN melalui Jalan Hale dan mencela
penduduk Kampung Baru supaya “keluar dari kampong dan balik ke hutan”. 7.30 malam
perarakan kemenangan Perikatan Selangor diketuai UMNO pula diadakan setelah
mendapat kebenaran polis.
Perarakan ini juga dihadiri penuntut Kolej MARA. Semua orang melayu
berkumpul di rumah MB Selangor
di Kampung Baru. Sbelum itu pada 6.15 ptg berlaku
rusuhan di Setapak
dimana orang melayu
dari Gombak telah diserang ketika perjalanan ke Kampung Baru. Rusuhan
ini dan kemudiannya merebak ke Cheras, Kerinchi,
Kampung Pandan dan Kampung
Datuk Keramat. 6.30 petang lebih kurang 500 orang berhimpun di rumah Dato
Harun Idris. Sesetengahnya bertombak dan berkeris. Dato Harun berdiri
diatas bas merayu supaya bertenang tetapi mereka menjerit “tidak boleh tahan
lagi tok.” Hampir 300 org melayu
keluar menuju ke Jalan TAR manakala yang lain sempat ditahan Pasukan Pencegah
Rusuhan. Pertempuran bersenjata antara orang melayu dan bukan melayu berlaku.
Perusuh Cina telah mengepung dan menyerang orang melayu di Panggung Rex, Federal dan Capitol.
Pasukan Regimen Renjer yang
kemudiannya digantikan polis dan tentera mengawal keadaan dan mengisytiharkan
perintah berkurung. Keluarga-keluarga yang ketakutan mendapatkan perlindungan
di kawasan yang dipatrol oleh pihak tentera. Operasi mengawal ketenteraman oleh
pihak tentera semasa. Peristiwa ini telah membuka mata banyak pihak terutama
pemimpin-pemimpin negara mulai sedar dan meneliti isu perpaduan dengan lebih
serius disebabkan keganasan yang berlaku meninggalkan kesan yang mengerikan.
Justeru, para pemimpin mula memikirkan agar rusuhan seumpama ini dapat
dielakkan daripada berlaku lagi.
Seterusnya tindak balas serta-merta
yang diambil bagi memberhentikan keganasan
ialah penangkapan tokoh-tokoh yang menyokong rusuhan ini mengenakan perintah
berkurung, mengawal berita-berita radio dan televisyen, menapis penerbitan
akhbar-akhbar dan mengharamkan jurnal yang diterbitkan oleh parti-parti politik
sekaligus mengharamkan kempen pilihan raya. Beberapa tindakan lain yang
menyeluruh diambil bagi memberhentikan keganasan iaitu pengisytiharan darurat,
pembentukan Majlis Gerakan Negara(MAGERAN) pada 17 Mei 1969, penubuhan Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis Muhibbah Negra(MMN) sekaligus penubuhan Majlis
Perundingan Negara(MAPEN) pada 29 Januari 1970.
Campur tangan Inggeris di Tanah
Melayu bermula apabila Francis Light menduduki
Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara
besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang
semasa pemerintahan kolonial
British di Malaysia iaitu
selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki
oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat
itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk.
Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi
etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya.
KESIMPULAN
Secara keseluruhan, setiap kaum
utama sama ada di Tanah Melayu mahupun di Sabah dan Sarawak mempunyai identiti
dan kelompok masing-masing. Dengan adanya dasar-dasar kerajaan dan Rukun
Negara, kesepaduan dan keharmonian dapat dicapai. Kesepaduan sosial boleh wujud
dan bercambah sekiranya semua pihak saling melengkapkan dan menjamin
kelangsungannya demi meningkatkan daya tahan keharmonian dalam sesebuah
masyarakat majmuk. Proses perpaduan di negara ini memerlukan kerjasama dan
kesedaran semua pihak sama ada secara sedar atau tidak untuk memastikan
kesepaduan sosial yang sedia ada dapat dikekalkan.
Penduduk Malaysia seharusnya mengambil iktibar
daripada Peristiwa 13 Mei 1969 yang banyak memberi kesan hitam kepada semua
kaum di Malaysia. Oleh itu, bagi merealisasikan integrasi nasional dan
pembetukan negara bangsa maka kerajaan telah merangka dasar-dasar yang mampu
menangani masalah setiap kaum seperti Rukun Negara supaya prinsipnya dapat
dihayati oleh segenap rakyat tanpa mengira latar belakang masyarakat.
RUJUKAN
BUKU
![]()
1) Pengajian
Malaysia Siri Politeknik, Razana Fatin Abdullah@Razali, Oxford Fajar 2015/2016.
INTERNET
1)http://pmbab5.blogspot.my/2015/10/e-folio-pengajian-malaysia.html 2)http://shantapriya20.blogspot.my/
LAMPIRAN
KAUM
MELAYU
Berikut merupakan perayaan-perayaan yang disambut
oleh kaum melayu. Antaranya ialah hari raya aidilfitri, hari raya aidil adha, sambutan
maulidur rasul dan banyak lagi.
Kaum
melayu yang beragama islam akan ke masjid untuk beribadah. Selain itu banyak
lagi ibadah yang dilakukan umat islam seperti membaca qur’an, berzikir dan
sebagainya
.
Baju tradisional masyrakat melayu bagi perempuan ialah
baju kurung, kebaya
dan banyak lagi. Manakala
bagi lelaki pula mereka mengenakan baju melayu.
KAUM CINA
Bagi Kaum Cina yang beragama Kristian, mereka akan pergi
ke gereja pada hari Ahad untuk
bersembahyang. Penganut Kristian akan menyambut Hari Krismas. Manakala bagi
yang beragama Buddha mereka akan bersembahyang di kuil.
Kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina. Tahun Baru
Cina merupakan perayaan yang terbesar dan terpenting bagi kaum cina.namun
begitu terdapat nbanyak lagi prayaan yang diraikan masyrakat cina.
Kaum Cina mempunyai tarian tradisional yang
menarik antaranya ialah tarian naga, tarian singa dan tarian kipas. Terdapat juga tarian lain yang juga
merupakan tarian tradisional kaum cina.
KAUM INDIA
Kaum India juga mempunyai persamaan dengan kau
cina. Sebahagian mereka ada yang beragama hinddhu dan ada juga yang beragama
kristian. Selain itu ada segelintir kaum india yang menganut agama islam
setelah berhijrah ke tanah melayu.
Kaum India juga mempunyai
persamaan dengan kau cina. Sebahagian mereka ada yang beragama hinddhu dan ada juga yang
beragama kristian. Selain itu ada segelintir.
Antara perayaan
yang disambut masyarakat india di Malaysia
ialah Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda
Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya.
Antara masyarakat india ialah tarian
serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
Sari, kurta,sarung dan serban merupakan
pakaian tradisional bagi masyrakat india.
KAUM SABAH DAN SARAWAK
Kebanyakkan masyarakat Sarawak dan sabah adalah
beragama islam. Namu ade juga sebhagian mereka yang beragama kristian, dan
Buddha. Ada juga yang mengamalkan kepercayaan zaman dahulu seperti animisme
Perayaan yang popular di Sarawak dikenali sebagai
perayaan Gawai Dayak. Perayaan ini disaambut oleh kaum Dayak sebagai menandakan
penghujung musim menuai serta permulaan
musim tuaian baru. Perayaan bagi suku
kaum terbesar di Sabah pula ialah Pesta kaamatan yang dirayakan olah kaum
Kadazan Dusun. Pesta ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati
“Bambazon” iaitu semangat padi.
PESTA GAWAI
PESTA KEAAMATAN
RUSUHAN KAUM




















Comments
Post a Comment