SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA


MPU21032 Penghayatan Etika Dan Peradaban
E-Folio
SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
|
NAMA AHLI |
NO. MATRIKS |
|
MOHAMAD SHAHRIL RIEZA BIN MOHD SABRI |
02DKM21F1002 |
|
MUHAMAD ALIF IRFAN BIN
IBRAHIM |
02DKM21F1031 |
|
MUHAMMAD ARIEF HASHIMI BIN
MOHD ZAID |
02DKM21F1071 |
|
MOHAMAD AFIQ IKHWAN BIN
ROHANI |
02DKM21F1018 |
|
MUHAMMAD HAIRI SYAWAL AMIROL BIN
ABDUL BUKHARI |
02DKM21F1127 |
SESI 2023
Disemak Oleh :
Wan Ruswani bin Abdullah
![]()
|
ISI
KANDUNGAN |
M/S |
|
PENGHARGAAN |
2 |
|
PENDAHULUAN |
2 |
|
TOPIK |
|
|
SEJARAH KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA |
3-4 |
|
KOMPOSISI DAN TABURAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA |
5 |
|
KAUM MELAYU |
6-7 |
|
KAUM CINA |
7-8 |
|
KAUM INDIA |
8-9 |
|
KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SELEPAS MERDEKA HINGGA KINI |
10 |
|
KOMPOSISI ETNIK |
10 |
|
RUSUHAN KAUM 13 MEI 1969 |
11-12 |
|
KESIMPULAN |
13 |
|
RUJUKAN |
14 |
|
LAMPIRAN |
15-21 |
PENGHARGAAN
Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana
dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan
tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Wan Ruswani Binti
Abdullah pensyarah bagi subjek Penghayatan Etika Dan Peradaban (MPU21302), di atas kesudian beliau memberi tugasan
ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang
proses pembentukan tugasan ini berlaku. Selain itu, Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi
sokongan dan dorongan dari segi fizikal
dan mental sepanjang penghasilan tugasan
ini. Akhir kata,
kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung
atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat
kami rungkai sepanjang kami
menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil
dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan
yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak,
tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.
PENDAHULUAN
Malaysia pada hari ini didiami oleh
pelbagai bangsa,kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya,
bahasa,agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini
berlaku disebabkan oleh perubahan
masa dan keadaan,
seperti yang berlaku
terhadap perubahan struktur
politiknya.Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia
tidak begini coraknya.Sebaliknya boleh dikatakan
bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil
bangsa atau kaum lain.Tetapi kini coraknya
telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.
J.S.Furnivall merupakan orang pertama
yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan
kajiannya di Indonesia dan Burma.Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai
kaum yang mempunyai
kebudayaan,agama,bahasa dan adat resam yang tersendiri.Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah
sistem politik yang sama tetapi kehidupan
mereka adalah berasingan dan interaksi sosial
dalam kalangan mereka
amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan
dilakukan atas garis-garis ras.
Idea Furnivall mengenai masyarakat
majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian.M.G. Smith merupakan salah
seorang yang telah
memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai
konsep ini.M.G. Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai
budaya,perpecahan sosial dan perselisihan.
Dari segi politik pula,masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang
tersendiri.Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai
bersama.Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan sumbangan
terhadap perbincangan mengenai
konsep masyarakat majmuk.Beliau membezakan kemajmukkan sosial
iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya
daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa
kelompok etnik.
TOPIK:
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
SEJARAH KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Tanah Melayu yang merupakan sebuah
tempat tumpuan pengembaraan, pelayaran dan pusat
perdagangan tentunya pernah menjadi satu tempat persingahan dan penempatan bagi orang-orang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul.
Justeru konsep percampuran populasi bukanlah
merupakan satu fenomena baru dan asing di Malaysia. Kebanyakkan ahli sejarah
dan antropologi social bersetuju bahawa struktur susunan
ras etnik dan corak penempatan penduduk masa kini telah ditentukan pada zaman perkembangan colonial dan eksploitasi orang British di semenanjung Malaysia.
Dalam tahun1786
hingga 1914 merupakan zaman paling penting dalam menentukan pola- pola etnik, ekonomi dan politik
masa kini di Semenanjung Malaysia.
Aspek demografi merupakan perkara yang penting dalam
mencorakkan kemajuan masyarakat Malaysia. Aspek demografi tidak hanya
memperlihatkan betapa uniknya masyarakat Malaysia dari segi komposisi etnik tetapi turut mewarnai wajah
sosiobudaya, demografi politik dan proses politik
di Malaysia.
Campur tangan Inggeris di Tanah
Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran
secara besar-besaran daripada
luar. Dalam jangka masa yang
panjang semasa pemerintahan colonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula
1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia
telah diduduki oleh Jepun semasa pernag dunia kedua. Walau bagaimanapun,
jangka masa singkat itu dianggap
tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobility penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tnah Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina, India sebagai komponen
utamanya.
Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya
(1983:159), masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan
kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka
terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh- buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara
yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina
sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket
yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.
Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana
ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah
Melayu.
Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada
pengaruh masyarakat Cina yang semakin
bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak
dan sistem sosial Alam Melayu dan
juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini
membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan
masyarakat luar.
Migran kedua terbesar selepas
China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan
iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami
masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda
kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan
Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah
setelah Inggeris berjaya
benguasai negeri-negeri Melayu.
Selain migran daripada negara China
dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada
masyarakat luar seperti
dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal
daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi
serta beberapa bahagain kepulauan
yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga
berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang
Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum
Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19
berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor
ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka
ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka (S.N. Arseculeratne,1991:10).
Setelah kemasukan migran daripada
luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat
majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana
berbeza fahaman, amalan,
ras dan etnik serta kehidupan
seharian. Banyak konflik
yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969.
Apabila konflik berlaku dalam
masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh
daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk
pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana
yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok (Weiner, 1990:143).
Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India
yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti
kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa
juga turut berlaku
apabila perkahwinan antara
orang asing dengan penduduk tempatan, maka
wujud beberapa sub- kategori penduduk
berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain- lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia
mempunyai darah kacukan
Melayu- Arab, Melayu-
India, Melayu-Cina dan lain-lain.
KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM MERDEKA
Malaysia, terdapat pelbagai
kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik
yanga sama. Tiga etnik terbesar
ialah Melayu, Cina dan India yang mana mengamalkan kebudayaan adat resam, agama dan bahasa
masing-masing. Tiga etnik ini bersatu di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi
beraja perlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama.
Sebelum abad ke-18, penduduk di
Tanah Melayu dan kepulauan Borneo ketika
itu didominasi oleh orang Asli, orang
Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain
itu, terdapat juga kaum pendatang daripada
Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu
kerana kaum pendatang ini adalah
daripada rumpun bangsa yang sama.
Tiga kaum yang terbesar dan utama
di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan India.
Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848,
hampir kesemua penduduk di Tanah
Melayu terdiri daripada orang Melayu. Pada pertengahan abad ke 19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan
India secara beramai ramai ke Tanah Melayu. Fenomena ini berlaku kerana dasar kolonial
British yang membawa
masuk kaum-kaum tersebut , terutama untuk mengerjakan ekonomi.
Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum
penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan
berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi
daripada luar terutamanya daripada China dan India.
Abad ke-19 memperlihatkan
penguasaan Inggeris ke atas struktur politik dan ekonomi Tanah Melayu secara meluas. Aktiviti perlombongan bijih timah
yang merupakan sumber kekayaan Tanah
Melayu diekploitasikan sepenuhnya oleh British. Kesan yang jelas melalui dasar liberal British
ialah pembentukan masyarakat negara yang berbilang
kaum serta kepelbagaian cara hidup dan keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah
struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
Dari segi peratusan, peratus
penduduk Melayu semakin kecil dari 54% merosot menjadi 49% pada tahun 1921 dan menurun lagi kepada 45% pd tahun 1931. Pemajmukan masyarakat Tanah Melayu telah menyebabkan British mentadbir menggunakan dasar ‘pecah dan perintah’ (divide and rule).
Dasar ini memberi makna kelemahan
penglibatan bumiputera, tetapi pada masa yang sama memberi pengkhususan kepada
kaum imigran dan memastikan pengasingan setiap
kaum.
Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan
migrasi daripada luar dan juga faktor penolak
dan penarik. Perubahan
dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia
disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor
penarik yang ada di bumi mahupun
faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini.
Kaum pendatang dibiarkan untuk
mengekalkan identiti dan budaya masing-masing sementara perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain, terutama dengan
bumiputera tidak digalakkan.
KAUM MELAYU

Orang Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal
Tanah Melayu di mana nenek moyangnya
datang dari Indo-China atau Yunnan lebih 3500 tahun dahulu. Namun penduduk Melayu kini sebenarnya lebih ramai ekoran
kemasukan beberapa lagi kelompok masayarakat
Melayu dari kepulauan lain ke Tanah
Melayu. Sejak abad ke-9 lagi telah berlaku
penghijrahan beramai-ramai
masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah Melayu. Penghijrahan ini berlaku ekoran kedudukan ekonomi, politik dan
sosial yang smuanya boleh menjamin keselesaan
mereka.
Masyarakat Indonesia datang
daripada berbagai-bagai pulau seperti Jawa, Sumatera, Sulawesi dan Riau. Sehingga tahun 1957, keturunan penduduk
Melayu di Tanah Melayu berjumlah 2,427,834 orang, iaitu 49.8% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.
Sebelum zaman penjajahan, kegiatan
ekonomi utama masyarakat Melayu ialah perdagangan. Perdagangan utama ialah melalui sungai-sungai utama di negeri Melayu. Justeru
itu, kerajaan-kerajaan Melayu tradisional lebih tertumpu di tepi-tepi sungai.
Penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap sektor ekonomi
negeri masing-masing semakin berubah dan merosot setelah
campur tangan British
dalam hal-ehwal politik
tempatan. Kemasukan buruh-buruh asing juga telah mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu.
Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai telah
menggalakkan kemunculan bandar2 baru seprti Taiping,
Ipoh, Port Weld, Tapah dan Kampar di Perak; Kuala Lumpur, Port Swettenham dan Klang di Selangor serta Seremban dan
Port Dickson di Negeri Sembilan. Bandar-bandar
baru ini menjadi tumpuan buruh asing, manakala kaum Melayu masih kekal
di bandar-bandar tradisi atau perkampungan masing-masing.
Walaupun peratusan penduduk bandar meningkat dari semasa ke semasa, namun peratusan
kaum Melayu di Bandar-bandar masih lagi kecil.Ekoran perdagangan yang berat sebelah, prestasi ekonomi orang Melayu di zaman kolonial
tidak mencapai sebarang
kemajuan, malahan semakin merosot.
British memegang dasar agar orang Melayu kekal sebagai
petani sara diri dan mengusahakan hasil setakat mampu menyara
hidup. Masyarakat Melayu tidak digalakkan utk
menyertai sektor ekonomi
moden. Alasan British
ialah agar adat resam dan tradisi orang
Melayu tidak terganggu dengan pemodenan. Ini sbenarnya memberi
lebih ruang kepada
buruh asing menguasai
sektor ekonomi keseluruhannya.
Hari ini orang Melayu merupakan kumpulan etnik terbesar di Malaysia, iaitu merangkumi lebih
lima puluh peratus penduduk negara ini. Di malaysia , jika merujuk kepada orang melayu menunjukkan orang itu beragama islam dan
mengamalkan kebudayaan Melayu , berbahasa Melayu
dan mempunyai keturunan melayu. Orang
Melayu terkenal kerana peramah dan budaya
seni mereka yang sangat kaya.
KAUM CINA

Kaum Cina pula adalah kumpulan etnik kedua terbesar,
yang mana kaum Cina merangkumi dua puluh lima peratus
populasi. Kebanyakkan keturunan kaum Cina hari ini berasal dripada pendatang ke Negara ini pada kurun ke-19. Mereka
terkenal kerana kuat bekerja
dan pandai berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek
Cina berbeza adala
Hokkien yang tinggal
di utara Pulau Pinang, Kantonis
yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin
yang tiggal di kawasan selatan tanah air iaitu di Johor.
Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas
pengambilan Pulau Pinang oleh British
dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1876, pengambilalihan Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas
penubuhan Negeri-negeri Selat pada
tahun 1826. Kebanyakan masyarakat Cina berasal dari Wilayah Kwangtung dan Tukuin. Ramai juga yang datang dari daerah
Amoy, Sen-Yu, Hok-Chiu, Eng-Chon dan lain- lain.
Pada peringkat awal, buruh-buruh
Cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal
seperti di Lukut dan Sungai Ujong. Penghijrahan semakin pesat sejajar
dengan perkembangan aktiviti
perlombongan. Catatan menunjukkan menjelang tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai
Ujong hampir 10,000 orang dan di Larut Perak pada tahun 1873 terdapat seramai 40,000
orang.
Kawasan-kawasan lombong
bijih timah Kuala Lumpur, iaitu di Ampang,
Sungai Kanching dan Klang kesemuanya diusahakan oleh buruh-buruh Cina. Selain aktiviti
perlombongan, kemasukan org Cina ke Tanah Melayu
disalurkan melalui aktiviti
perladangan lada dan gambir. Org Cina dibawa masuk ke Johor melalui
Sistem Kangchu dengan menggunakan
surat kebenaran dipanggil Surat Sungai. Dari sistem ini, dicatatkan pada tahun 1870-an
masyarakat Cina di Johor mencapai
100,000 orang.
Bilangan penduduk Cina menunjukkan
pertambahan yang paling besar dari setahun ke
setahun berbanding dengan bangsa lain. Pihak British menggalakkan
kemasukan buruh Cina ini dengan
meluluskan beberapa undang-undang yang berkaitan. Misalanya pada tahun 1877, The Chinese Immigrants dan The Crimpling Ordinance telah diluluskan. Jabatan perlindungan orang Cina telah ditubuhkan untuk melindungi orang Cina.
Orang Cina yang berhijrah ke Tanah
Melayu sebenarnya terdiri daripada berbagai-bagai kelompok yang boleh dibezakan dari segi loghat,
adat dan pengkhususan ekonomi. Kelompok- kelompok utama ini ialah Hokkien,
Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam.
Kebanyakkan orangg Hokkien terdiri
daripada peniaga dan pekedai sementara orang
Kantonis sebagai pelombong dan petukang. Orang Teochew menjadi pekedai
dan peladang dengan membuka
ladang tebu di Seberang Prai dan Pulau Pinang serta ladang gambir dan lada
hitam di Johor. Orang Hakka ramai yamg menjadi pelombong sementara orang
Hailam pula ramai yang membuka
kedai-kedai makan. Antara semua kelompok ini, bilangan orang Hokkien adalah
yang terbesar.
Walaupun kemasukan orang Cina
berlaku besar-besaran, namun bilangan ini tidak menentu ekoran ramai yang sering keluar masuk. Bilangan orang
Cina lebih stabil selepas Perang
Dunia Kedua. Sehingga tahun 1957, bilangan penduduk Cina di Tanah Melayu ialah seramai
2,332,936 orang, iaitu 37.1% daripada
jumlah penduduk Tanah Melayu.
KAUM INDIA

Kumpulan etnik terkecil antara tiga
kumpulan etnik utama di Negara ini ialah kaum India yang merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakkan mereka berasal daripada pendatang Selatan
India yang berbahasa Tamil, yang dating
ke Tanah Melayu
sewaktu zaman penjajahan British dulu untuk mengerjakan estet-estet. Mereka dating ke
sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik , luar dari system kasta yang diamalkan
di india. Kebanyakkan mereka
beragama Hindu. Mereka turut membawa
budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil ,
makanan pedas dan pakaian
sari yang mewah.
Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad
ke 19 dan ke 20, sebenarnya hubungan
antara India dengan
Semenanjung Tanah Melayu
telah berlaku lebih awal lagi. Hubungan
terawal telah bermula sejak abad pertama Masihi
apabila penganut Hindu-
Buddha menyebarkan agama mereka di Nusantara. Hubungan
seterusnya kelihatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila pedagang-pedagang India berniaga
di pelabuhan Melaka.
Penghijrahan masyarakat India ke
Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India datang
dari selatan India.
Buruh-buruh India bermula
sebagai pekerja di lading-ladang tebu dan kopi di Seberang
Prai.
Tumpuan masyarakat India ini ialah di kawasan-kawasan
utama penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri
Sembilan. Catatan menunjukkan dari tahun 1900 hingga 10 tahun kemudiannya, seramai
48,000 buruh India telah berhijrah
ke Tanah Melayu.
Angka ini meningkat secara mendadak 10 tahun
kemudiannya, iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 908,000
buruh India berhijrah
ke Tanah Melayu.
Catatan menunjukkan 90% daripada golongan penghijrah
ialah orang Tamil yang berasal dari Chennai,
sementara selebihnya ialah Telugu dan Malayalam. Selain org Tamil, terdapat
juga orang Punjabi dan orang Ceylon.
Kumpuluan etnik penduduk India yang
terbesar ialah orang Tamil yang membentuk 80%
daripada keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara orang Malayali meliputi
7%. Orang Telugu pula
berjumlah 4%. Kebanyakan orang-orang Tamil dan orang-orang Telugu bekerja
di estet-estet getah sebagai buruh. Ada juga di kalangan
orang Tamil yang berkhidmat di jabatan-jabatan kerajaan
pada awal abad ke-20.
Orang Punjabi turut datang ke
Tanah Melayu dan pada peringkat awalnya mereka
bertugas dalam perkhidmatan polis dan kereta
api serta menjadi
pengawal keselamatan. Buruh-
buruh India yang bekerja di Tanah Melayu datang sama ada secara paksaan atau rela. Kumpulan yang dipaksa terdiri
daripada banduan atau tawanan yang bekerja membina
jalanraya, landasan kereta api, jambatan dan bangunan-bangunan kerajaan.
Mereka yang datang secara sukarela
biasanya bekerja di lading-ladang tebu, kopi dan getah. Sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk
buruh-buruh India ini ialah Sistem
Kangani.Mengikut sistem ini, seorang pekerja yang telah bekerja di Tanah Melayu pulang ke India mencari buruh-buruh baru
untuk bekerja dengannya di Tanah Melayu. Orang
inilah yang digelar Kangani.
Namun sistem ini
dihapuskan pada tahun 1938. Wujud juga sistem yang dinamakan Sistem Kontrak di mana seseorg
pekerja itu bekerja
mengikut jangka masa tertentu sebagaimana yang disebut di dalam kontrak.
Sehingga tahun
1957, jumlah penduduk India di Tanah Melayu menjangkau 695,985 orang iaitu 11.1% daripada jumlah
penduduk Tanah Melayu
KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SELEPAS MERDEKA HINGGA
KINI
Populasi Malaysia berjumlah 28.3
juta pada tahun 2010 berbanding 23.3 juta pada
tahun 2000 (Carta
1). Ini menunjukkan purata pertumbuhan penduduk
tahunan ialah sebanyak
2% dalam tempoh 2000-2010 910 tahun).
Kadar ini agak rendah jika dibandingkan dengan pertumbuhan pada tempoh
1991 – 2000 iaitu 2.6% (Carta
2).

Carta 2
Komposisi Etnik
Jumlah populasi Malaysia 28.3 juta,
di mana 91.8% adalah warganegara dan 8.2% adalah
bukan warganegara. Warganegara
Malaysia terdiri dari kumpulan etnik Bumiputera (67.4%), Cina (24.6),
India (7.3%) dan lain-lain (0.7%).

RUSUHAN KAUM 13 MEI 1969

Rusuhan kaum telah berlaku pada 13
Mei 1969 antara kaum Melayu dan Cina selepas
pilihan raya 1969 disebabkan parti-parti pembangkang iaitu Parti
Tindakan Rakyat (DAP)dan gerakan mendapat
kemenangan yang memberangsangkan.
Walaupun Parti Perikatan masih boleh
membina kerajaan , namun kemenangan merosot berbanding
dengan pilihan raya sebelumnya . Disebabkan itu kempen pilihan raya yang seterusnya menjadi
semakin hangat sehingga
perbincangan tertumpu kepada isu-isu perkauman dan peribadi individu tertentu.
Pada 9 Mei 1969,berlakunya peristiwa perarakan
jenazah yang dilakukan oleh Parti Buruh terhadap seorang pemuda Cina
dalam pertempuran dengan pihak polis sebelum
pilihan raya.
Rentetan peristiwa itu, DAP dan
GERAKAN telah mengadakan perarakan besar-besaran pada 11 dan 12 Mei 1969. UMNO
yang rasa tercabar turut mengadakan
perarakan atas kejayaan mereka
menubuhkan kerajaan selepas
pilihan raya tersebut
yang diketuai oleh Datuk Harun Idris, Menteri Besar Selangor
ketika itu. Perarakan provokatif dari kedua-dua pihak seumpama ini didapati membakar semangat setiap kaum sehinggalah
membawa kepada titik hitam dalam sejarah negara.
Pergaduhan dan rusuhan tercetus
dan bantuan tentera
terpaksa dipanggil apabila
polis gagal mengawal
keadaan .Maka berlakulah peristiwa 13 Mei 1969 yang diberi gelaran Ops Gerhana manakala
pihak polis menggunakan gelaran Ops Tenteram.
Subuh, 60 penyokong
GERAKAN melalui Jalan Hale dan mencela penduduk Kampung Baru supaya
“keluar dari kampong dan balik ke hutan”. 7.30 malam perarakan kemenangan Perikatan Selangor
diketuai UMNO pula diadakan setelah
mendapat kebenaran polis.
Perarakan ini juga dihadiri
penuntut Kolej MARA. Semua orang melayu berkumpul di rumah MB Selangor
di Kampung Baru. Sbelum itu pada 6.15 ptg berlaku
rusuhan di Setapak dimana orang melayu dari Gombak telah diserang ketika perjalanan
ke Kampung Baru. Rusuhan
ini dan kemudiannya merebak ke Cheras, Kerinchi,
Kampung Pandan dan Kampung Datuk Keramat. 6.30 petang lebih kurang
500 orang berhimpun
di rumah Dato Harun Idris. Sesetengahnya bertombak
dan berkeris. Dato Harun berdiri diatas bas merayu supaya bertenang tetapi mereka menjerit “tidak boleh tahan lagi
tok.” Hampir 300 org melayu keluar
menuju ke Jalan TAR manakala yang lain sempat ditahan Pasukan Pencegah Rusuhan. Pertempuran bersenjata antara orang
melayu dan bukan melayu berlaku. Perusuh Cina telah mengepung dan menyerang orang melayu di Panggung
Rex, Federal dan
Capitol.
Pasukan Regimen Renjer yang kemudiannya digantikan polis dan tentera
mengawal keadaan dan mengisytiharkan perintah
berkurung. Keluarga-keluarga yang ketakutan mendapatkan perlindungan di kawasan yang
dipatrol oleh pihak tentera. Operasi mengawal
ketenteraman oleh pihak tentera semasa. Peristiwa ini telah membuka mata
banyak pihak terutama pemimpin-pemimpin
negara mulai sedar dan meneliti isu perpaduan dengan lebih serius disebabkan keganasan yang berlaku meninggalkan kesan yang mengerikan. Justeru, para pemimpin mula memikirkan agar rusuhan seumpama ini dapat dielakkan daripada berlaku lagi.
Seterusnya tindak balas
serta-merta yang diambil bagi memberhentikan
keganasan ialah penangkapan
tokoh-tokoh yang menyokong rusuhan
ini mengenakan perintah berkurung, mengawal berita-berita radio dan televisyen, menapis penerbitan akhbar-akhbar dan mengharamkan jurnal yang diterbitkan oleh parti-parti politik
sekaligus mengharamkan kempen pilihan raya. Beberapa tindakan
lain yang menyeluruh diambil bagi memberhentikan keganasan iaitu pengisytiharan darurat, pembentukan Majlis
Gerakan Negara(MAGERAN) pada 17 Mei 1969, penubuhan Jabatan
Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis
Muhibbah Negra(MMN) sekaligus
penubuhan Majlis Perundingan Negara(MAPEN) pada 29 Januari 1970.
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula
apabila Francis Light menduduki Pulau
Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara
besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa
pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786
hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia
telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat
itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan
mobiliti penduduk.
Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat
heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai
komponen utamanya.
KESIMPULAN
Secara keseluruhan, setiap kaum
utama sama ada di Tanah Melayu mahupun di Sabah dan Sarawak mempunyai identiti dan kelompok masing-masing.
Dengan adanya dasar-dasar kerajaan
dan Rukun Negara, kesepaduan dan keharmonian dapat dicapai. Kesepaduan sosial boleh wujud dan bercambah sekiranya semua
pihak saling melengkapkan dan menjamin kelangsungannya
demi meningkatkan daya tahan keharmonian dalam sesebuah masyarakat majmuk. Proses perpaduan di negara ini
memerlukan kerjasama dan kesedaran semua pihak
sama ada secara sedar atau tidak untuk memastikan kesepaduan sosial yang
sedia ada dapat dikekalkan.
Penduduk Malaysia seharusnya mengambil iktibar daripada
Peristiwa 13 Mei 1969 yang banyak
memberi kesan hitam kepada semua kaum di Malaysia. Oleh itu, bagi
merealisasikan integrasi nasional dan
pembetukan negara bangsa maka kerajaan telah merangka dasar-dasar yang mampu menangani masalah setiap kaum
seperti Rukun Negara supaya prinsipnya dapat
dihayati oleh segenap
rakyat tanpa mengira
latar belakang masyarakat.

RUJUKAN
BUKU
![]()

1) Pengajian Malaysia Siri Politeknik, Razana Fatin Abdullah@Razali, Oxford Fajar 2015/2016.
INTERNET
1)http://pmbab5.blogspot.my/2015/10/e-folio-pengajian-malaysia.html 2)http://shantapriya20.blogspot.my/
KAUM MELAYU
Berikut merupakan perayaan-perayaan yang disambut oleh kaum melayu.
Antaranya ialah hari raya aidilfitri, hari raya aidil adha, sambutan maulidur
rasul dan banyak lagi.

Kaum melayu yang beragama islam akan ke masjid untuk beribadah. Selain itu
banyak lagi ibadah yang dilakukan umat islam seperti
membaca qur’an, berzikir
dan sebagainya
.


Baju tradisional masyrakat
melayu bagi perempuan
ialah baju kurung,
kebaya dan banyak
lagi. Manakala bagi lelaki pula mereka mengenakan baju melayu.
KAUM CINA
Bagi Kaum Cina yang beragama Kristian, mereka
akan pergi ke gereja pada hari Ahad untuk bersembahyang. Penganut
Kristian akan menyambut Hari Krismas. Manakala bagi yang beragama Buddha mereka akan bersembahyang di kuil.

Kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang terbesar
dan terpenting bagi kaum cina.namun begitu terdapat nbanyak lagi prayaan
yang diraikan masyrakat cina.
Kaum Cina mempunyai tarian tradisional yang menarik
antaranya ialah tarian naga, tarian singa
dan tarian kipas. Terdapat juga tarian lain yang juga merupakan tarian
tradisional kaum cina.

KAUM INDIA
Kaum India juga mempunyai persamaan
dengan kau cina. Sebahagian mereka ada yang beragama
hinddhu dan ada juga yang beragama kristian. Selain itu ada segelintir kaum
india yang menganut agama islam setelah berhijrah ke tanah melayu.

Kaum India
juga mempunyai persamaan
dengan kau cina.
Sebahagian mereka ada yang beragama hinddhu dan ada juga yang beragama kristian.
Selain itu ada segelintir.
Antara perayaan yang disambut masyarakat india di Malaysia
ialah Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda
Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya.
Antara masyarakat india ialah tarian
serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam

Sari, kurta,sarung dan serban merupakan pakaian tradisional bagi masyrakat india.
KAUM SABAH DAN SARAWAK
Kebanyakkan masyarakat Sarawak
dan sabah adalah beragama islam. Namu ade juga sebhagian
mereka yang beragama
kristian, dan Buddha.
Ada juga yang mengamalkan kepercayaan zaman dahulu seperti
animisme
Perayaan yang popular di Sarawak dikenali sebagai
perayaan Gawai Dayak. Perayaan ini disaambut oleh kaum Dayak sebagai menandakan penghujung musim menuai
serta permulaan musim tuaian baru. Perayaan bagi suku kaum terbesar di Sabah pula ialah Pesta kaamatan yang dirayakan
olah kaum Kadazan Dusun. Pesta ini
merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati “Bambazon” iaitu semangat padi.

PESTA GAWAI

PESTA KEAAMATAN
Berikut merupakan baju kebudayaan masyrakat
Sabah dan Sarawak

SABAH

SARAWAK


RUSUHAN KAUM
Comments
Post a Comment