TAHAP-TAHAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

TAHAP
– TAHAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
MPU21032
– PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
NAMA
PENSYARAH : PUAN WAN RUSWANI BINTI WAN ABDULLAH
NAMA
|
NO.PENDAFTARAN
|
MUHAMMAD SHAFIQ BIN MOHD SUHAIMI
|
02DKM21F1075
|
WAN MUHAMMAD SHAFIQ BIN WAN MOHD NAZREE
|
02DKM21F1055
|
NUKMAN NUR ADAM BIN MAZUBIR
|
02DKM21F1079
|
MOHAMAD DANIAL HAFIZ BIN MOHAMAD
ZAHID
|
02DKM21F1148
|
1.0 Pengenalan
Terdapat lima proses tahap hubungan etnik di Malaysia yang mana
tahap-tahap ini amat penting dalam membentuk perpaduan
dan integrasi. Tahap tersebut antaranya
ialah akomodasi, amalgamasi, akulturasi, asimilasi dan segregasi. Kesemua
proses ini akan diperhalusi satu
persatu supaya kefahaman mengenainya dapat dipertingkatkan seterusnya dapat dinilai semula sama ada proses ini
masih segar dalam masyarakat pada hari ini atau telah mula longgar
ditelan kemodenan. Perpaduan
dan integrasi adalah merujuk kepada
proses menggabungkan bahagian-bahagian menjadi satu unit. Menurut Shamsul
Amri Baharuddin (2007),
perpaduan adalah satu proses menyatupadukan masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti, nilai bersama, perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Integrasi pula adalah satu
proses mewujudkan satu identiti nasional dalam kumpulan terpisah
dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi
dalam sesebuah unit politik.

2.0 Tahap hubungan etnik Tahap pertama:
AKOMODASI

Akomodasi
merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik
lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Kita dapat memahami
konsep dengan jelas dengan menggunakan formula “A
+ B+ C = A +B+C”, disini A, B dan C merujuk kepada budaya. Ia merupakan
satu keadaan atau proses apabila
kelompok-kelompok yang berkonflik bersetuju untuk menghentikan dan mengelak
konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai baik untuk sementara
atau selama-lamanya. Interaksi sosial seumpama ini membolehkan
kelompok-kelompok yang terlibat
meneruskan identiti serta sikap mereka yang berasingan. Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati
antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang
ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung.
Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan
etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni.
Dengan adanya konsep ini, kita sebagai
rakyat Malaysia berpeluang untuk memahami agama, bahasa dan budaya masing- masing. Kita dapati bahawa prestasi
perpaduan dan integrasi dalam setiap proses berkenaan adalah berbeza. Proses
akomodasi adalah sangat penting dalam perpaduan dan integrasi
kelompok
etnik di Malaysia. Hal ini terjadi kerana sikap positif saling
hormat-menghormati antara kelompok
etnik terhadap nilai dan norma masing-masing, yang kita boleh ungkapkan ”sama tetapi tidakserupa.” Maksudnya, setiap kelompok
etnik ada sistem kepercayaan masing-masing, ada perayaan masing-masing
dan ada pantang larang masing-masing. Dari segi
ini semua kelompok etnik mempunyai persamaan.Namun cara masing-masing,
misalnya, merayakan hari kebesaran
agama masing-masing ternyata mempunyai perbezaaan. Atas asas persamaan ini setiap kelompok etnik
menghormati perayaan masing-masing. Malah sanggup pula saling merayakan hari-hari kebesaran tersebut.
Tahap kedua: AMALGAMASI

Amalgamasi
merupakan satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan
pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan
campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka. Proses ini
kebiasaannya memakan masa yang lama dan akan melalui beberapa generasi. Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk
formula A+B+C = D, di sini A,B dan C mewakili
kumpulan etnik yang berlainan dan D mewakili
kumpulan baru (amalgam)
yang terhasil daripada
penyatuan A,B dan C itu tadi. Proses amalgamasi merupakan proses yang boleh dilakukan
secara “campurtangan” (interventionist) dan sedar oleh beberapa kumpulan
etnik atau pemerintah, di dalam usaha untuk mencantumkan beberapa unsur berbeza daripada kumpulan yang berbeza ke dalam
satu entiti yang bersatu, samada
secara sementara atau berkekalan dan contohnya seperti wujudnya Sekolah Wawasan oleh pihak kerajaan. Idea penubuhan
sekolah wawasan telah dicernakan oleh mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad.Sekolah integrasi ini
berpegang kepada konsep belajar
bersama-sama di bawah satu bumbung atau satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama.
Konsep ini bermaksud
dua atau tiga buah sekolah
yang berlainan aliran dan pentadbiran dibina dalam kawasan yang sama
dan berkongsi kemudahan-kemudahan asas seperti
padang permainan, dewan, pusat sumber, bilik komputer, kantin dan sebagainya. Perkongsian kawasan dan kemudahan sekolah
ini memungkinkan usaha-usaha penerapan nilai-nilai
masyarakat majmuk serta memupuk semangat persefahaman dan toleransi antara kaum, khususnya di kalangan murid-murid sekolah sejak di
peringkat rendah lagi.
Tahap ketiga:
AKULTURASI

Akulturasi juga merupakan
satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu
kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan
dengan unsur dari suatu kebudayaan
asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza
dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti
asal masyarakat penerima.
Dalam sejarah tamadun
manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau
lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan
berlakunya proses pinjam meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan
kemudian diolah serta dijadikan usur kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan
seperti penggunaan tali leher, angpau,
makanan, hiburan dan sebagainya. Hari ini istilah dan konsep angpau sudah
dihayati dan diamalkan dalam adat resam etnik Melayu. Malah setiap bank dan syarikat
swasta menyediakan sampul
surat untuk memberi angpau di Hari Raya Puasa sudah diamalkan lebih dari satu dekad di Malaysia. Yang nyata
daripada akulturasi ini, ianya tidak merobah tiang seribudaya, norma dan nilai sesuatu kumpulan etnik. Yang berlaku
adalah budaya sesuatu etnik yang meminjam telah diperkaya dengan ritual budaya yang
baru.
Tahap keempat: ASIMILASI

Asimilasi
yang merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik yang mempunyai berlainan budaya sehingga
membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan
identiti yang sama. Konsep ini berhubungan dengan penyerapan sehala individu
atau kelompok ke dalam kelompok yang
lain. Menurut seorang pakar sosiologi, Vander Zanden menyatakan, asimilasi ialah satu proses dalam mana-mana
kelompok yang berfikir,
berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan
sosial serta budaya yang sama.
Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh berbezaan dari segi kebudayaan dan
identiti. Contohnya, orang Melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan
hamper semua aspek cara hidup mereka
(kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Konsep ini diwakili dengan formula A+B+C =
A, di mana A mewakili golongan dominan sementara
B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti.Pada dasarnya proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat
antara ahli kumpulan etnik yang berbeza budaya bagi suatu tempoh yang agak
lama.
Kejayaan dan keberkesanan asimilasi pada umumnya
bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan
identiti mereka dan menerima identiti kumpulan
etnik majoriti dan kesanggupan kumpulan
etnik majoriti menerima
kumpulan etnik minoriti.
Di negara kita Malaysia, seperti apa yang berlaku ke atas
masyarakat Cina Kelantan, Jawa, Baba dan Nyonya merupakan salah satu contoh berlakunya proses asimilasi. Walaubagaimanapun ianya hanya berlaku
dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan
kepercayaan atau agama. Dalam sesetengah kes masyarakat Cina di Malaysia
telah mengamalkan kepelbagaian kebudayaan yang umum di mana pemikiran dan sentimen mereka walaupun bersifat
kecinaan dari segi etnik namun mereka dikatakan
berkongsi sentimen bersama dan
beberapa cara hidup orang Melayu, India dan penduduk-penduduk Malaysia yang lain dan begitu juga sebaliknya
samada dari segi pemakanan, pakaian dan sebagainya.
Jelaslah bahawa di Malaysia pendekatan asimilasi adalah
salah satu pendekatan yang terbaik di
dalam usaha membina perpaduan kaum yang utuh dan tulen, sekurang-kurangnya dalam konteks peleburan bahasa ibunda
etnik minoriti. Contohnya apabila dilihat melalui konteks golongan Baba Nyonya di Melaka dan juga Pulau Pinang,
golongan India peranakan atau Mami di
Pulau Pinang dan Arab Peranakan telah meleburkan sehingga mengorbankan bahasa nenek moyang mereka. Di sini amat
jelas bahawa budaya golongan minoriti dalam konteks
asimilasi sosial teradun dalam acuan budaya Melayu meskipun secara halus
terdapat perbezaannya. Budaya Bab
Nyonya, India Peranakan dan Arab Peranakan ini dengan jelas telah menjelmakan satu proses
perpaduan kaum yang utuh dan tulen.
Tahap terakhir: SEGREGASI
Proses yang terakhir iaitu segregasi. Segregasi
merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan
etnik dengan kumpulan
etnik yang lain dalam sesebuah
Negara. Pemisahan berlaku
dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan
kemudahan awam. Amir Hassan Dewi (2002) dalam
Penteorian Sosiologi dan Pendidikan telah menyatakan segregasi atau
pengelompokkan etnik merupakan satu
keadaan yang biasa di mana-mana tempat di muka bumi. Keadaan ini bukan sahaja berlaku dalam kehidupan manusia,
akan tetapi boleh berlaku secara tidak sengaja pada kehidupan lain
seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
Pola taburan seperti ini merupakan satu corak dan strategi
hidupan secara semula jadi untuk
membolehkan hidup bertahan dalam satu komuniti yang kukuh. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang. Sebelum
merdeka, Malaysia telah pun melalui keadaan ini selari dengan dasar pecah dan perintah British sebagai kuasa
penjajah. Dasar berkenaan mewujudkan
segregasi dalam kalangan pelbagai etnik yang dapat mengukuhkan kedudukan kuasa politik dan ekonomi British.
Seterusnya, British dapat bertapak dan menjajah selama 170 tahun di negara ini. Pengalaman segregasi yang pernah
dilalui rakyat negara ini turut sama
dirasai oleh penduduk di Afrika Selatan. Sungguhpun terdapat perbezaan yang
nyata antara kedua-dua negara, tetapi
terdapat pengajaran penting tentang kesan negatif amalan segregasi tersebut.
Di Afrika Selatan, segregasi yang diamalkan dari tahun 1948
hingga tahun 1994 didasarkan oleh
undang-undang yang dikenali sebagai dasar apartheid. Justeru, isu yang berlegar sekitar hubungan etnik adalah
penting untuk difahami demi membina kesejahteraan hidup rakyat. Di Malaysia pula, Amidah Hamim (2001) menyatakan
tentang dasar-dasar yang diperkenalkan
oleh pihak kerajaan seperti Dasar Wawasan Negara (DWN ialah mencapai perpaduan
nasional, pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat
dan pembangunan seimbang menerusi pembangunan alam sektor yang mapan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang. DWN akan merangkumi teras kritikal seperti
berikut; membina bangsa yang berdaya
tahan dengan memupuk
perpaduan, menyemarakkan
semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak
ansur dan penyayang
juga tersemat dengan nilai positif,
dan meningkatkan kualiti
hidup dan keutuhan ekonomi.
Rumusan
Isu-isu yang berlegar sekitar hubungan etnik terutamanya berkaitan
perpaduan dan integrasi amat perlu
untuk difahami kerana jika diperhalusi daripada sudut sosiologi dan
antropologi, integrasi nasional
membawa maksud minat yang semakin bertambah dalam diri manusia untuk menyatukan kelompoknya demi survival
kelompok tersebut (Ahmad Ali Seman & Warti
Kimi, 2014:286). Sekiranya proses ini tidak dilakukan kelompok tersebut akan
musnah dan hancur. Justeru itu,
integrasi nasional dan perpaduan merupakan rukun survival yang perlu untuk meneruskan kehidupan di dunia.
Sehubungan itu, negara memerlukan
bangsa Malaysia yang bersatu padu, berkongsi masa depan
yang sama, hidup dalam keadaan yang harmoni
dan wujud perkongsian dengan cara yang sebenar dan adil. Apa pun situasinya, penghayatan terhadap konsep dan nilai integrasi
dan perpaduan serta keupayaan setiap individu
dalam kumpulan etnik tertentu untuk mengadaptasi diri dengan kepelbagaian etnik dan budaya merupakan strategi utama dan
relevan dalam usaha untuk mencapai matlamat perpaduan
sosial, budaya dan politik yang dihadapi oleh kebanyakkan Negara, termasuklah negara maju.
Rujukan
Wan Hashim Wan The, 2011. Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala
Lumpur: Institur Terjemahan Negara Malaysia
Berhad.
Norhasniah Wan Husin, 2012. Peradaban dan Perkauman di Malaysia: Hubungan
Etnik Melayu-Cina. Kuala
Lumpr: Universiti Malaya.
Ahmad Ali Seman,
Warti Kimi, 2013. Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala
Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd

Comments
Post a Comment